Pages

Pengumuman !!!

Kepada warga SMK Simpang Pulai yang berminat atau mempunyai informasi berkaitan sekolah kita, silalah email kan bahan anda kepada admin, aspirasi_7@yahoo.com





Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

SMK Simpang Pulai 2011

SMK Simpang Pulai telah mengalami banyak perubahan dan satu cabaran adalah untuk maintain blog ni..

Ok sila la laporkan apa saja yang berlaku di sini...

Sunday, September 26, 2010

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat 2010

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat telah dijalankan :

Tarikh : 23 Septermber 2010 (Khamis)
Masa : 6.45 pm - 9.15 pm
Tempat : Dewan SMK Simpang Pulai

Adalah dianggarkan seramai 400 orang pelajar termasuk ibubapa dan guru menghadiri program tersebut. Semoga Allah akan memberi rahmat dan kemudahan kepada kita semua. Amin

Jadual Waktu Peperiksaan

Lepasan UPSR mungkin dibenar ke aliran vokasional

Utusan

MUAR 25 Sept. - Kerajaan akan merombak Sistem Pendidikan Vokasional Negara termasuk kemungkinan membenarkan lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengikuti aliran kemahiran bagi meningkatkan jumlah tenaga mahir dalam pelbagai bidang industri negara.




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu sejajar dengan sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk memastikan 20 peratus pelajar mengikuti aliran vokasional berbanding 10 peratus pada waktu ini.



Menteri Pelajaran itu berkata, rombakan tersebut dijangka memberi lonjakan besar kepada pendidikan vokasional negara kerana ia mengandungi beberapa elemen penambahbaikan seperti skop dan silibus mata pelajaran, kemudahan infrastruktur, keperluan industri, tenaga pengajar dan penglibatan pihak swasta.



"Pada dasarnya saya bersetuju adalah lebih baik diawalkan pelajar ini memasuki bidang kemahiran, ini memang dalam penelitian kementerian.



"Ini kerana mungkin lebih maka awal lebih panjang mereka berada dalam bidang itu dan kemahiran mereka lebih baik," katanya.



Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Melonjakkan Kecemerlangan Pendidikan Pagoh 2010 anjuran bersama Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran dan Sekreteriat Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar di sini hari ini.



Program yang dihadiri kira-kira 1,000 murid tahun lima dan pelajar tingkatan empat itu turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr. Zulkarnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat Dom.



Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan cadangan para pembaca blog 1Malaysia Perdana Menteri untuk input Belanjawan 2011 yang antara lain meminta kerajaan mengembangkan rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi buruh berkualiti dalam aspek kemahiran.



Dalam blog www.1Malaysia.com.my itu, seorang pembaca yang menamakan dirinya sebgaai Mohamad menyarankan agar lepasan UPSR yang tidak berminat dengan pendidikan secara akademik dihantar ke sekolah kemahiran supara tahap keciciran persekolahan dapat dikurangkan ke paras paling minimum apabila potensi mereka boleh digilap di banyak pusat latihan kemahiran.



Muhyiddin berkata, ketika ini bidang vokasional boleh diambil oleh pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan jumlah pelajar aliran vokasional negara masih kecil berbanding negara lain.



Sedangkan, katanya, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun bagi memenuhi keperluan industri negara.



Menurutnya, kebanyakan negara maju dan Eropah termasuk Perancis mempunyai jumlah pelajar vokasional yang tinggi manakala di Indonesia sebanyak 40 peratus pelajar mereka adalah di bidang vokasional manakala Thailand hampir 60 peratus pelajarnya mengikuti aliran kemahiran.



Selepas Perancis, tambahnya, beliau akan ke Sydney, Australia dalam bulan ini untuk bidang vokasional yang diberi perhatian serius dalam sistem pendidikan mereka.



"Dalam awal tahun depan, rakyat boleh diberitahu mengenai transformasi vokasional ini dengan lebih jelas dan pada masa yang sama kita tidak mahu ibu bapa menganggap bahawa bidang vokasional adalah pilihan kedua, ini perlu diperbetulkan," katanya.



Muhyiddin berkata, rombakan itu akan memastikan skop kemahiran yang diajar bersifat praktikal dan bukan hanya teori agar lebih mempunyai hubung kait dengan keperluan industri dan pasaran kerja.



Dalam soal logistik dan infrastruktur, katanya, pihak swasta digalakkan membina sekolah kemahiran yang bersesuaian dengan lokasi seperti sekolah elektronik di kawasan perindustrian elektronik atau sekolah berkaitan pelabuhan di kawasan terdapat pelabuhan.



Beliau berkata, sekolah swasta ini akan mengikut silibus kementerian dan dengan cara itu akan mempercepatkan usaha menghasilkan lebih ramai jumlah pelajar vokasional.

Friday, September 24, 2010

Injap jantung tiruan untuk pesakit warga emas

WASHINGTON 23 Sept. - Ribuan warga emas Amerika Syarikat (AS) memerlukan injap jantung baru, tetapi mempunyai peluang terlalu tipis untuk bertahan bagi menjalani pembedahan bagi menukarnya, kini mempunyai harapan untuk meneruskan hidup menggunakan injap tiruan aortik tanpa perlu menebuk dada mereka.




Injap aorta merupakan pintu utama jantung dan kajian terbaru AS mendapati saluran baru dalam arteri kemungkinan boleh meningkatkan peluang bagi mana-mana pesakit jantung yang tidak mempunyai peluang rawatan untuk memanjangkan hayat sekurang-kurangnya setahun lagi.



Tidak dapat dipastikan apakah injap implan itu dapat berfungsi ke atas pesakit yang tidak begitu teruk yang mahu mencuba mengguna teknologi baru itu bagi mengelakkan menjalani pembedahan untuk menggantikannya dengan jantung baru yang boleh bertahan selama 20 tahun.



Perkara itu masih dikaji, namun dua jenis injap tiruan aortik telahpun dijual di Eropah dan pembuatnya, Edwards Lifesciences Corp. berharap untuk mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat untuk menjual versi itu kepada pesakit dalam tempoh setahun.



"Ia membuka peluang bagi satu lagi rawatan perubatan baru," kata ketua penyelidik Dr. Martin Leon dari Pusat Perubatan Universiti Colombia dan Hospital Presbyterian New York.



Beliau mengumumkan kejayaan itu semalam dalam New England Journal of Medicine dan juga semasa persidangan tahunan Transcatheter Cardiovascular Therapeutics.



Namun, injap tiruan itu tidak dijamin boleh menyembuhkan penyakit jantung sepenuhnya kerana ia turut membawa risiko pesakit mungkin diserang strok, dan tidak ada sesiapa boleh memberi jaminan berapa lama mereka boleh hidup. - AP

Utusan

Saturday, September 18, 2010

Pengetua Ke-2 2010

Sekali lagi warga SMKSP akan kehilangann seorang lagi Pengetua, En Azmi bin Dahali diumumkan oleh PK Puan Sabariah. Beliau telah berkhidmat selama lebih kurang sebulan d sekolah kita dan kini di panggil semula ke JPN....Tugas baru..

MUngkin hari Isnin ni kita ada majlis perpisahan kot.
Kita yang masih di Simpang Pulai mesti meneruskan perjuangan....PMR dan SPM dah dekat..

Semoga En Azmi terus berjaya dan
Selamat datang Pengetua Baru...

Friday, June 11, 2010

2010 FIFA World Cup

Demam lagi ...musim ni dek world cup...perasmian hari ni, cuti sekolah boleh lah nonton tanpa halangan...
Selamat Menonton
Ringkasan Jadual:
           
South Africa0:0Mexico Pembukaan

Uruguayvs.France-11 Jun 8:30pm
South Koreavs.Greece-12 Jun 1:30pm
Argentinavs.Nigeria-12 Jun 4:00pm
Englandvs.United States-12 Jun 8:30pm
Algeriavs.Slovenia-13 Jun 1:30pm
Serbiavs.Ghana-13 Jun 4:00pm
Germanyvs.Australia-13 Jun 8:30pm 








Thursday, May 27, 2010

Hari Anugerah Cemerlang & Hari Kokurikulum

Tarikh : 27 Mei 2010
Tempat : SMK Simpang Pulai


Perasmi : En Ahmad Shakir, Timbalan PPD Kinta Utara


Gimik perasmian .....& persembahan pelajar...
Penerima anugerah...tunggu giliran..
Jangan lupa Tuan Pengetua..

Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru SMKSP 2010

Saturday, May 15, 2010

Gotong Royong Perdana 2010



Program Gotong Royong Perdana SMK Simpang Pulai.

Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 8;30 am - 12:30pm

Thursday, May 13, 2010

Cikgu Shamil pula masuk wad

Cikgu shamil pula terpaksa dimasukan dalam wad di Hospital Pantai, akibat batu karang dalam hempedu..
semoga selamat sembuh

Sunday, April 18, 2010

Guru Lelaki dan Guru Perempuan Seimbang

 Mulai tahun ini, nisbah pengambilan calon lelaki dan wanita untuk mengikuti kursus latihan perguruan akan diseimbangkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi.

Katanya pada pengambilan pelatih guru tahun ini, 50 peratus calon adalah lelaki dan nisbah sama untuk wanita di mana 40 peratus pelatih adalah dari Semenanjung dan 30 peratus masing-masing dari Sabah dan Sarawak.

"Ini adalah salah satu langkah kementerian bagi memastikan pelatih dari Sabah dan Sarawak boleh dihantar semula ke negeri asal mereka selepas tamat latihan manakala pelatih lain berkhidmat di Semenanjung.

"Ketika ini guru dari Semenanjung dihantar berkhidmat di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. Ini menimbulkan banyak masalah di samping kita dapat mengatasi masalah pertukaran guru ke kawasan pedalaman," katanya.

Puad berkata demikian dalam sesi dialog bersama persatuan ibu bapa dan guru dari sekolah-sekolah di sekitar Batang Kali, dekat Hulu Selangor, hari ini.

Menurutnya, pertukaran guru wanita ke kawasan pedalaman telah menimbulkan kebimbangan keselamatan dari pelbagai pihak.

"Kami juga ada kes di mana sebuah sekolah hanya mempunyai dua atau tiga guru lelaki dan mereka perlu menjaga aktiviti sukan bagi seluruh sekolah itu.

"Dalam menjaga soal disiplin, guru lelaki adalah pilihan yang lebih baik berbanding guru wanita," katanya.

Dalam perkembangan lain, Puad berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengabaikan sekolah vernakular di negara ini malah akan terus memberi bantuan dan geran kepada sekolah-sekolah tersebut.

Selain sekolah Cina dan Tamil, kerajaan juga akan melindungi sekolah agama kerana sekolah-sekolah ini memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan semua sekolah mendapat perhatian seimbang. Kita akan terus menyediakan geran dan bantuan kepada sekolah-sekolah ini kerana mahu pelajar yang berdaftar di sekolah ini mendapat pendidikan berkualiti," katanya.

Menurutnya, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sekolah jenis kebangsaan Cina diberi peruntukan RM134 juta bagi melaksanakan pelbagai kerja menaiktaraf infrastruktur manakala sekolah Tamil pula menerima RM64 juta untuk tujuan sama.

Puad juga berkata di bawah pakej rangsangan ekonomi yang dimumkan tahun lalu, kedua-dua sekolah Cina dan Tamil menerima peruntukan tambahan RM50 juta.

"Dalam tempoh setahun, kerajaan membelanjakan RM1.8 bilion untuk membayar gaji guru-guru di sekolah Tamil dan Cina. Ini adalah antara beberapa perkara yang kerajaan lakukan untuk sekolah-sekolah ini," katanya.

- Bernama