Pages

Pengumuman !!!

Kepada warga SMK Simpang Pulai yang berminat atau mempunyai informasi berkaitan sekolah kita, silalah email kan bahan anda kepada admin, aspirasi_7@yahoo.com





Wednesday, March 31, 2010

Lawatan Jemaah Nazir Sekolah

Jemaah Nazir Sekolah akan melawat smksp pada 5.4.2010 hingga 9.4.2010.

Selamat Datang Ke SMK Simpang Pulai

Sunday, March 28, 2010

Apa Kata Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

Pendidikan merupakan agen perubahan dalam masyarakat dan pemangkin ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelak, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh di peringkat sekolah.

Oleh yang demikian, pihak sekolah telah merangka pelbagai program bagi mencapai matlamat FPK selain memenuhi visi dan misi sekolah ini sejajar dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang meliputi enam teras utama iaitu:
  • Membina Negara Bangsa
  • Membangunkan Modal Insan
  • Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
  • Merapatkan Jurang Pendidikan
  • Memartabatkan Profesion Keguruan
  • Melonjakkan Kecemerlangan Instiusi Pendidikan
Sejajar dengan tuntutan tersebut maka pihak sekolah telah menyediakan Buku Panduan Senarai Tugas Guru dan Takwim 2010 sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat agar dapat melaksanakan program yang dirangka dengan penuh tanggungjawab. Diharapkan semua program yang dirancang itu dapat memacu kecemerlangan dalam segala bidang yang dihasratkan.

Semoga dengan itu , SMK Simpang Pulai akan terus maju pada 2010.

Sejarah SMK Simpang Pulai


Tak kenal maka tak cinta...ya copy dari laman web rasmi smksp ini lah kisahnya :

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai (SMKSP) terletak di Kampung Kepayang, Mukim Sungai Raya, Kinta, Perak. Sekolah ini dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia ke-6 dalam Projek Bank Dunia ke-12 bagi tahun 1995.
Bangunan sekolah ini bernilai RM5.1 juta dan didirikan di atas tapak seluas enam hektar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan bekas lombong. Pembinaannya bermula pada 12 September 1994 dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 Julai 1996 tetapi ia telah dapat disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, dua bulan lebih awal iaitu pada bulan Mei 1996.
SMK Simpang Pulai mengandungi dua blok empat tingkat untuk bilik darjah, satu blok empat tingkat untuk makmal sains, satu blok dua tingkat untuk bengkel kemahiran manipulatif, bengkel pertanian dan kantin. Keistimewaan bangunan ini ialah terdapat dua koridor di kiri dan kanan bangunan. Ini adalah model bagunan yang pertama dan terakhir didirikan di Negeri Perak.
Guru yang mula-mula melaporkan diri di sekolah ini ialah En. Saharudin b. Abd Rahman pada 1 Jun 1996 bersama-sama seorang Pekerja Rendah Awam iaitu En. Ahmad Kamal b. Mohd Arif. Pada peringkat awal sekolah ini dibuka seramai 10 orang guru telah bertugas. Pengetua yang pertama ialah Tn. Hj. Kamarulzaman b. Ahmad. Beliau hanya sempat berkhidmat di sekolah ini selama sebulan, beliau telah ditukarkan ke Unit Penilaian dan Peperiksaan di Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Sehingga kini seramai 7 orang Pengetua telah berkhidmat di sekolah ini.
Pelajar ambilan pertama menduduki PMR di sekolah ini ialah pada tahun 1997, dan SPM yang pertama ialah pada tahun 1999. Selaras dengan arus pembangunan pendidikan, sekolah ini turut dibekalkan 21 set komputer pada tahun 1999 di bawah program KDP yang membolehkan sekolah membuka sebuah Makmal Komputer. Pada tahun 2002, sebuah bangunan Makmal Komputer yang menempatkan sejumlah 43 set komputer lagi dibekalkan kepada sekolah ini di bawah program EPU. Pada 2004 sekolah menawarkan mata pelajaran MPV iaitu Katering & Penyajian. Sekolah juga, telah menyediakan sebuah pondok jaga dan sebuah tempat letak basikal. Selain itu, kemudahan ICT juga disediakan iaitu Makmal Komputer I & II dan Makmal Komputer milik Panitia Rekacipta.

Saturday, March 27, 2010

Blog Smk Simpang Pulai

Selamat Datang ke Blog SMK Simpang Pulai, Ipoh Perak
Marilah kita memeriahkan bersama-sama.