Pages

Pengumuman !!!

Kepada warga SMK Simpang Pulai yang berminat atau mempunyai informasi berkaitan sekolah kita, silalah email kan bahan anda kepada admin, aspirasi_7@yahoo.com





Sunday, March 28, 2010

Apa Kata Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

Pendidikan merupakan agen perubahan dalam masyarakat dan pemangkin ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelak, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh di peringkat sekolah.

Oleh yang demikian, pihak sekolah telah merangka pelbagai program bagi mencapai matlamat FPK selain memenuhi visi dan misi sekolah ini sejajar dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang meliputi enam teras utama iaitu:
  • Membina Negara Bangsa
  • Membangunkan Modal Insan
  • Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
  • Merapatkan Jurang Pendidikan
  • Memartabatkan Profesion Keguruan
  • Melonjakkan Kecemerlangan Instiusi Pendidikan
Sejajar dengan tuntutan tersebut maka pihak sekolah telah menyediakan Buku Panduan Senarai Tugas Guru dan Takwim 2010 sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat agar dapat melaksanakan program yang dirangka dengan penuh tanggungjawab. Diharapkan semua program yang dirancang itu dapat memacu kecemerlangan dalam segala bidang yang dihasratkan.

Semoga dengan itu , SMK Simpang Pulai akan terus maju pada 2010.